Wednesday, January 8, 2014

BENARKAH ANJING YANG BIASA MAKAN TAHI KALAU TIDAK MAKAN MENCURI HIDU JUGA



BENARKAH ANJING YANG BIASA MAKAN TAHI KALAU TIDAK MAKAN MENCURI HIDU JUGA

Cerita benar ini Tun sheikh garap daripada seorang sahabat dan waris kerabat Tun Sheikh di Pahang. Nama dan tempatnya saja dirahsiakan kerana tidak mahu menyinggung perasaan saudara mara dan mereka yang terlibat. Apa yang sangat penting adalah buah pengajaran dan teladan yang boleh memberi faedah dan manfaat kepada para pembaca. Kisah ini memaparkan sikap seorang wanita Melayu keturunan Orang Asli dan Bugis yang terlalu teruja untuk mendapat penghormatan dan kesenangan hidup secara mudah dengan berbekalkan kecantikan diri. Silelaki pula tidak sadar diuji Tuhan kerana berasa diri cukup dianugerah seorang isteri yang solehah.

 Sulaiman adalah seorang pegawai kerajaan berasal dari Temerloh, Pahang. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan kawan sekolahnya yang juga berasal dari Temerloh. Keluarga Sulaiman adalah keluarga yang bahagia. Sulaiman tidak pernah bergaduh atau bertengkar dengan isterinya. Sulaiman sangat bersyukur mendapat isteri solehah yang alim, jujur dan taat. Beliau aktif dalam aktiviti dakwah dengan dorongan isterinya. Sulaiman suami isteri bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur.

 Kebaikan dan  kesolehan isterinya telah meyakinkan ramai sahabat Sulaiman sehingga ada yang mengesyorkan beliau bernikah lagi. Tujuannya satu, supaya keluarga Islam berkembang dan terbimbing seperti yang dipraktiskan Sulaiman dengan isterinya. Banyak lamaran dari sahabat handainya meminta Sulaiman memperisterikan adik, kakak, ibu saudara dan sebagainya kerana yakin Sulaiman berkemampuan. Tambah pula saudara mara yang hendak dijodohkan dengan Sulaiman semuanya berpendidikan, mempunyai pekerjaan tetap, ada yang berpangkat dan tidak kurang pula dengan kecantikan paras rupa dan berakhlak. Semuanya Sulaiman tolak dengan baik. Sulaiman tahu isterinya juga tidak menghalang tetapi bagi Sulaiman, isterinya adalah bidadarinya dan tidak terlintas untuk memadukannya.

 Oleh kerana datangnya lamaran dari sahabat-sahabat seusrah dan seperjuangan, Sulaiman menjelaskan bahawa beliau tidak berniat  berkahwin lagi kecuali jika  berpindah keluar Kuala Lumpur dan ada perempuan datang sendiri meminta diperisterikan untuk berkongsi menjalani hidup beragama. Jauh di hati Sulaiman, itu hanya alasannya untuk mengambil hati sahabat handai kerana beliau sangat yakin beliau tidak akan berpindah kerana berniat untuk bersara di Kuala Lumpur dan rumahnya pula telah diperbesarkan sehingga mempunyai 8 buah bilik yang cukup selesa.

 Tidak disangka disebabkan beliau aktif dalam kumpulan dakwah yang disyaki cenderung kepada pembangkang oleh ketua pengarah jabatannya, beliau telah dipindahkan ke Kuantan. Ketika itu usia beliau genap 40 tahun . Sedang beliau berusaha menyesuaikan diri di tempat baru, Sulaiman telah diperkenalkan dengan teman wanita sahabatnya yang meminta Sulaiman membantu menyelesaikan masalah mereka yang telah beberapa kali terlanjur. Teman wanita Mayudin bernama Rosiah seorang anak dara tua berusia 30 tahun. Rosiah bertubuh tinggi lampai dan berkulit putih bersih serta cantik pada mata umum termasuk Sulaiman. Ibu Rosiah adalah anak campuran orang asli dengan Cina. Manakala bapanya ialah Bugis Pahang.

 Mayudin memberitahu Sulaiman bahwa Rosiah telah banyak kali terlanjur dipermainkan oleh bekas-bekas kekasihnya. Beliau ingin menyelamatkan Rosiah tetapi beliau juga gagal kerana Rosiah mudah tergoda dengan pangkat, kehormatan dan wang ringgit. Bapa Rosiah pula sering campurtangan dalam perhubungan Rosiah dengan pasangannya sehingga 3 kali tali pertunangan diputuskan oleh bapanya. Kini Rosiah telah berusia 30 tahun dan pertunangan terakhir telah berlalu 5 tahun. Jodoh tidak terikat tetapi maruah diri terus tergadai. Selama 5 tahun Mayudin mengenali Rosiah dan mengetahui perangai buruknya yang tidak setia.

Mayudin meminta Sulaiman membantu Rosiah kerana mempercayai  latarbelakang keluarga orang Asli  Rosiah yang  miskin dan cetek agama mempengaruhi Rosiah untuk  mendapat penghormatan dan kesenangan hidup dengan cara mudah. Sulaiman begitu yakin dengan pengetahuan agama dan pengalaman berdakwahnya akan berjaya membimbing Rosiah. Sulaiman terlupa bahawa dirinya sedang diduga oleh Allah kerana yakin tidak akan bertemu jodoh lagi dan telah bahagia dengan isterinya yang solehah. Sulaiman mengaku berjaya menolak godaan Rosiah mengajak beliau melakukan hubungan jenis. Tetapi Rosiah semakin gairah dan tidak berputus asa sehingga berasa keyakinan diri bahawa orang seperti Sulaimanlah  yang dicari dan diharap-harapkannya. 

Rosiah terus menggunakan segala kelebihannya memerangkap Sulaiman. Atas nasihat isterinya dan tempelakan Rosiah yang mengingatkan Sulaiman mestilah menerimanya sebagai isteri kedua kerana pernah bersumpah akan bernikah jika berpindah dan ada perempuan menyerah diri mengharap bimbingannya maka Sulaiman tidak dapat menolak lagi. Mereka menikah meskipun Sulaiman amat sadar Rosiah bukanlah perempuan baik. Pada bulan kedua pernikahan Sulaiman dikejutkan dengan tumpah darah oleh Rosiah. Rosiah tidak mengaku berlaku curang atau menyimpan rahsia tetapi Sulaiman amat bersedih mendapati darah yang gugur menyerupai janin berusia 4 bulan. 

Sejak peristiwa itu Sulaiman kurang bercakap kecuali berterusan menasihat dan menegur adab-adab Rosiah yang menyalahi hukum syariat. Rosiah pada mulanya seperti lembut hatinya mengikut dan taat. Dari luar mereka kelihatan sungguh bahagia dan Sulaiman khususnya sering mendapat pujian dari sahabat handai. Rosiah pula sangat suka memperkenalkan suaminya kepada sahabat-sahabatnya sehingga Sulaiman berasakan seperti menunjuk-nunjuk dan kurang selesa. Beliau pun bukanlah pegawai berpangkat tinggi atau besar sangat. Apa yang menyebabkan Sulaiman seperti orang menahan sabar dan makan hati ialah sikap Rosiah yang sangat berbangga malah suka menunjuk-nunjuk kecantikan dirinya.

 Peliknya bagi Sulaiman, beliau tidak berasakan isteri keduanya terlalu cantik kecuali biasa-biasa saja. Kadang-kadang terpacul dimulutnya apabila isterinya mengada-ngada meminta pujian dengan mengatakan ‘apa gunanya cantik kalau perangai buruk’. Sulaiman sehingga sanggup mengadu pada Tun Sheikh bahawa isterinya hanya gebu pada bahagian yang  nampak saja manakala di dalam belak-belak yang pada keyakinan dan firasat yang dipelajarinya bahawa tanda belak seperti itu dimiliki oleh orang yang curang. Tun Sheikh diam sahaja kerana Sulaiman pun tahu dia tidak sepatutnya menceritakan kukurangan atau aib isteri. Tetapi oleh kerana Tun Sheikh diharap sebagai tempat mendapat pandangan dan nasihat maka diluahkan kecuali adengan ranjang.

 Tiga tahun setelah bernikah Sulaiman dikurniakan anak lelaki dan mengandung lagi sebaik habis pantang 60 hari. Sulaiman mula dihantui curiga dan dianggap gangguan syaitan. Beliau mula insaf di atas ketegasan hati yang keras sehingga terlupa takdir dan kehendak Allah. Beliau mula bertawakal dan menyerahkan kegusaran hatinya terhadap Rosiah kepada Allah. Rosiah pula setelah melahirkan anak pertama dan kedua mula berubah bermalasan mengerjakan solat dan sering meninggikan suara kepada Sulaiman. Rosiah sering melanggar janjinya sendiri. Beliau sering meluahkan perasaan cemburu terhadap madunya sehingga pernah Sulaiman hilang kesabaran dengan mengatakan bahawa Rosiah dengan isteri pertamanya adalah seperti langit dengan bumi.

Setelah anak mereka yang ketiga berusia 2 tahun dan usia perkahwinan menjangkau 9 tahun, tiba-tiba Rosiah menuntut cerai dengan alasan tidak lagi menyukai Sulaiman. Sulaiman amat terkejut dan tidak berpuashati dengan alasan Rosiah tetapi Rosiah terus membuat perangai yang bukan-bukan yang lebih menyakitkan hati Sulaiman. Rosiah sering keluar tanpa izin dengan alasan mengambil bekalan barang-barang solekan yang diniagakan secara jualan lansung. Rosiah sudah berani mengatakan tidak berpuashati kerana Sulaiman tidak berada dengannya di rumah setiap hari seperti orang lain. Dan Rosiah sengaja meminta wang tambahan dan mengungkit-ungkit tanggungjawab Sulaiman terhadap isteri pertama yang dicemburuinya. 

Sulaiman terus bersabar dan berdoa serta menyerahkan masalahnya dengan Rosiah kepada Tuhan. Beliau enggan menceraikan Rosiah dan terus melayan Rosiah dengan baik meskipun sering dimaki hamun sehinggalah pada satu tarikh,  beliau dipanggil ke mahkamah. Pada tarikh ulang tahun pernikahannya dengan Rosiah yang ke 12, beliau terpaksa menerima kehendak Rosiah dengan tebus talaq oleh pihak mahkamah kerana Rosiah sanggup membayar gantirugi RM100,000.00. Setelah itu barulah Sulaiman tahu dengan yakin daripada anak-anaknya yang masih tidak mengerti dan faham mengadukan ibu mereka sering keluar dengan Uncle Udin dan lain-lain masa abah tiada……………

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Kuala Trengganu  16.9.2013
 
Copyright 2009 Irama Kehidupan
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere