Wednesday, January 16, 2013

BAGAIMANA AMNO BUAT DUIT MELALUI MAKE-UP


BAGAIMANA AMNO BUAT DUIT MELALUI MAKE-UP

Tun Sheikh pernah menulis pengalaman kontraktor Melayu kelas A dari Kelantan yang telah maju di Kuala Lumpur telah pulang ke Kelantan apabila PAS berjaya menjadi kerajaan dan mentadbir negeri. Baru-baru ini Tun Sheikh berkebetulan bertemu beliau dalam suatu majlis tidak rasmi. Haji Wan Yunus bercerita, pada awalnya beliau tidak begitu selesa kerana susah mendapat projek khususnya dari tender yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan pusat di Kelantan. Syarikat beliau sering gagal kerana harga yang ditawarkannya dianggap terlalu rendah. Harga beliau rendah kerana tidak bersetuju dengan budaya make-up yang dianggapnya sebagai rasuah.  Selama 10 tahun pendapatan syarikat beliau merosot tetapi beliau terus bersabar dan bersyukur kerana tidak bankrap. 

Pada hari ini syarikatnya merupakan sebuah syarikat pembinaan  besar dan terkenal. Sebuah syarikat pembinaan yang telah berjaya  membina dan mewujudkan kebudayaan bersih daripada rasuah. Beliau  berjaya melahirkan pekerja-pekerja bumiputera khasnya anak jati Kelantan menjadi pekerja mahir dan mempunyai banyak sub-kontraktor pelbagai kemahiran hasil dari bimbingan beliau selaku syarikat kontraktor induk. Beliau terkenal sebagai sebuah syarikat yang lurus, bertimbang rasa dan komitet dengan perjuangan agama. Jika syarikat kroni AMNOBN berjaya membina 10 buah jambatan yang dibuat dengan peruntukan persekutuan, pada masa yang sama beliau berjaya menghasilkan 20 buah dengan peruntukan kos dan mengikut spesikasi yang sama daripada peruntukan kerajaan negeri atau swasta.

Sehingga hari ini beliau masih tidak mendapat tempat dalam projek-projek AMNOBN kerana dimonopoli oleh kroni-kroni. Setelah berkecimpung dalam pembinaan selama 20 tahun di Kelantan, beliau bukan sahaja terkenal kepada agensi kerajaan negeri tetapi juga oleh swasta dan orang perseorangan yang ingin membangun rumah, dewan, jalan raya  dan sebagainya kerana harga yang ditawarkannya sangat berpatutan, berkualiti dan terjamin serta mudah mendapat perkhidmatan atau pembaikan segera secara percuma jika berlaku kerosakan. Beliau melaksanakannya dengan penuh amanah dan jujur bukan dengan sifat ala kadar tetapi dengan penuh tanggungjawab dan dermawan. Beliau berasa Tuhan telah memakbulkan doa dan  usaha beliau untuk membantu negeri Kelantan yang berteraskan Islam. 

Apabila ditanya apakah pengalaman beliau yang tidak dapat dilupakan atau yang telah memberi pengajaran penting sepanjang aktiviti syarikat beliau di Kelantan? Beliau dengan rendah diri mengatakan bahawa beliau diberi kesedaran atau perasaan kebathinannya merasa atau melihat kebarkatan dimana beliau berpengalaman melihat dihadapan matanya sendiri,  syarikat UMNOBN telah bergaduh dan bertelagah sesama sendiri , berdendam dan berusaha jatuh menjatuhkan sehingga akhirnya sama-sama bankrap. 

Puncanya adalah dari duit make-up atau rasuah. Contohnya jika sesebuah projek berharga RM1 juta, projek ini akan di make-up oleh orang politik dan orang dalam kepada RM1.5 juta. RM0.5 juta itu akan diserahkan kepada orang politik melalui pelbagai cara. Banyak syarikat kroni AMNOBN sering tertekan sama ada terus diugut dan dituntut. Mereka juga sering juga  berkhianat tidak menepati janji sehingga membawa kepada pergaduhan dan lebih teruk lagi apabila terperangkap dengan kebankrapan kerana aktiviti sabotaj dan penipuan. 

Sering juga berlaku sesebuah syarikat meskipun sama-sama dalam kroni AMNOBN tetapi masing-masing berusaha bersaing untuk mendapat projek dan sanggup mengorbankan margin keuntungan untuk menambah nilai make-up yang dipersetujui . Mereka juga sanggup menurunkan kualiti bahan mentah yang digunakan tidak sebagaimana spesikasi yang ditetapkan. Akibatnya berlaku penyelewengan bahan mentah fizikal yang menyebabkan bangunan runtuh atau roboh, retak dan tidak selamat digunakan. Sikap tamak dan rakus sangat mudah dikesan. Mereka juga suka mengalibabakan projek kepada pekerja Indon atau bukan Melayu. 

Dalam pembekalan bahan pula, biasanya pembekalnya adalah bukan bumiputera dan harganya dimake-up mengikut perjanjian, persetujuan atau MOU dengan orang politik dan orang dalam. Orang dalam ialah agensi kerajaan yang menguruskan dokumen dan pembayaran. Mereka sungguh berpengalaman bagaimana untuk mencipta dan menyediakan spesikasi dan maklumat penting agar kelihatan seperti mengikut dasar dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kewangan dan pengauditan. Biasanya tokoh-tokoh politik akan mengarahkan ketua-ketua jabatan menguruskan penyediaan dokumen dan pembayaran. Pada normanya, tokoh politik bertindak seperti pihak yang diberi kuasa mendapat peruntukan dan meluluskannya.

Haji Wan Yunus juga mengenali banyak tokoh koporat atau pengusaha dan pengamal rasuah dalam sistem mengelepit duit rakyat melalui budaya make-up  ini. Mereka adalah pengusaha dan pemilik-pemilik syarikat yang telah jatuh, gagal, syarikat yang tidur atau tidak aktif. Mereka banyak menyertai  kumpulan Pekasa dan samseng Melayu melalui pelbagai NGO pro-kerajaan AMNOBN.  Mereka  mudah dikenali dengan sikap yang tiada berpendirian tegas dan tiada objektif jelas,  kecuali aktiviti yang bersifat pengampuan dan berlagak serta berlakon sebagai penyokong tegar. Mereka terus berharap kerajaan AMNOBN memberi kesenangan hidup dengan cara mudah melalui pelbagai projek kerana mereka bukan pengusaha tulen. Kebanyakan mereka adalah proksi-prosi  tokoh politik yang hidup dalam budaya rasuah ini.

Lebih jauh dari itu Haji Wan Yunus juga mengenalpasti  ciri-ciri kehidupan yang dilalui oleh keluarga mereka. Kebanyakan mereka tidak berminat dan hormat kepada agama dan nilai-nilai murni sejagat. Mereka sangat mengutamakan kelas sosial atau berlagak seperti orang senang atau terhormat. Apabila mereka ke hadapan atau menjadi pemimpin sesebuah kumpulan atau pertubuhan,  pemikiran berdasarkan agama kelihatan begitu dangkal.  Kelemahan atau kejahilan ini sering ditutup dengan semangat budaya  dan adat Melayu. Mereka tidak dapat membezakan antara budaya atau adat Melayu dengan kebudayaan Islam atau amalan adat Melayu yang bercanggah dengan agama Islam. Dalam istilah tasaauf, mereka adalah kumpulan atau masyarakat manusia yang terhijab. Terhijab kerohanian kerana hidup dengan hasil haram dan hasil syubahat. Misalnya budaya rasuah dan make-up yang menjadi budaya hidup mereka.

Budaya ini dirasakan seperti tidak haram dan salah. Ini adalah hasil daripada rekaan dan propaganda bekas PM yang terkenal sebagai Mr 10% PM dulu. Beliaulah yang telah menghalalkan cara tanpa mepedulikan larangan agama terhadap isu riba dan pengaliran wang haram. Beliau sangat popular seluruh dunia dan ketika ini beliau juga terkenal sebagai tokoh perosak minda kebajikan rakyat banyak kerana tujuan tersirat beliau untuk kepentingan diri dan mengutamakan para kroni  serta nepotism terbongkar apabila tokoh-tokoh mangsa yang dikhianati beliau memecahkan rahsia.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru KL 11.1.2013
 
Copyright 2009 Irama Kehidupan
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere