BAGAIMANA AMNO BUAT DUIT MELALUI MAKE-UP
Tun Sheikh pernah menulis
pengalaman kontraktor Melayu kelas A dari Kelantan yang telah maju di Kuala
Lumpur telah pulang ke Kelantan apabila PAS berjaya menjadi kerajaan dan
mentadbir negeri. Baru-baru ini Tun Sheikh berkebetulan bertemu beliau dalam
suatu majlis tidak rasmi. Haji Wan Yunus bercerita, pada awalnya beliau tidak
begitu selesa kerana susah mendapat projek khususnya dari tender yang dikeluarkan oleh
agensi kerajaan pusat di Kelantan. Syarikat beliau sering gagal kerana harga
yang ditawarkannya dianggap terlalu rendah. Harga beliau rendah kerana tidak
bersetuju dengan budaya make-up yang
dianggapnya sebagai rasuah. Selama 10
tahun pendapatan syarikat beliau merosot tetapi beliau terus bersabar dan
bersyukur kerana tidak bankrap.
Pada hari ini syarikatnya
merupakan sebuah syarikat pembinaan
besar dan terkenal. Sebuah syarikat pembinaan yang telah berjaya membina dan mewujudkan kebudayaan bersih
daripada rasuah. Beliau berjaya
melahirkan pekerja-pekerja bumiputera khasnya anak jati Kelantan menjadi
pekerja mahir dan mempunyai banyak sub-kontraktor pelbagai kemahiran hasil dari
bimbingan beliau selaku syarikat kontraktor induk. Beliau terkenal sebagai
sebuah syarikat yang lurus, bertimbang rasa dan komitet dengan perjuangan
agama. Jika syarikat kroni AMNOBN berjaya membina 10 buah jambatan yang dibuat
dengan peruntukan persekutuan, pada masa yang sama beliau berjaya menghasilkan
20 buah dengan peruntukan kos dan mengikut spesikasi yang sama daripada
peruntukan kerajaan negeri atau swasta.
Sehingga hari ini beliau masih
tidak mendapat tempat dalam projek-projek AMNOBN kerana dimonopoli oleh
kroni-kroni. Setelah berkecimpung dalam pembinaan selama 20 tahun di Kelantan,
beliau bukan sahaja terkenal kepada agensi kerajaan negeri tetapi juga oleh
swasta dan orang perseorangan yang ingin membangun rumah, dewan, jalan raya dan sebagainya kerana harga yang ditawarkannya
sangat berpatutan, berkualiti dan terjamin serta mudah mendapat perkhidmatan
atau pembaikan segera secara percuma jika berlaku kerosakan. Beliau
melaksanakannya dengan penuh amanah dan jujur bukan dengan sifat ala kadar
tetapi dengan penuh tanggungjawab dan dermawan. Beliau berasa Tuhan telah
memakbulkan doa dan usaha beliau untuk
membantu negeri Kelantan yang berteraskan Islam.
Apabila ditanya apakah pengalaman
beliau yang tidak dapat dilupakan atau yang telah memberi pengajaran penting
sepanjang aktiviti syarikat beliau di Kelantan? Beliau dengan rendah diri
mengatakan bahawa beliau diberi kesedaran atau perasaan kebathinannya merasa
atau melihat kebarkatan dimana beliau berpengalaman melihat dihadapan matanya
sendiri, syarikat UMNOBN telah bergaduh
dan bertelagah sesama sendiri , berdendam dan berusaha jatuh menjatuhkan sehingga
akhirnya sama-sama bankrap.
Puncanya adalah dari duit make-up atau rasuah. Contohnya jika sesebuah projek berharga RM1
juta, projek ini akan di make-up oleh
orang politik dan orang dalam kepada RM1.5 juta. RM0.5 juta itu akan diserahkan
kepada orang politik melalui pelbagai cara. Banyak syarikat kroni AMNOBN sering
tertekan sama ada terus diugut dan dituntut. Mereka juga sering juga berkhianat tidak menepati janji sehingga
membawa kepada pergaduhan dan lebih teruk lagi apabila terperangkap dengan
kebankrapan kerana aktiviti sabotaj dan penipuan.
Sering juga berlaku sesebuah
syarikat meskipun sama-sama dalam kroni AMNOBN tetapi masing-masing berusaha
bersaing untuk mendapat projek dan sanggup mengorbankan margin keuntungan untuk
menambah nilai make-up yang
dipersetujui . Mereka juga sanggup menurunkan kualiti bahan mentah yang
digunakan tidak sebagaimana spesikasi yang ditetapkan. Akibatnya berlaku
penyelewengan bahan mentah fizikal yang menyebabkan bangunan runtuh atau roboh,
retak dan tidak selamat digunakan. Sikap tamak dan rakus sangat mudah dikesan. Mereka
juga suka mengalibabakan projek kepada pekerja Indon atau bukan Melayu.
Dalam pembekalan bahan pula,
biasanya pembekalnya adalah bukan bumiputera dan harganya dimake-up mengikut
perjanjian, persetujuan atau MOU dengan orang politik dan orang dalam. Orang
dalam ialah agensi kerajaan yang menguruskan dokumen dan pembayaran. Mereka
sungguh berpengalaman bagaimana untuk mencipta dan menyediakan spesikasi dan
maklumat penting agar kelihatan seperti mengikut dasar dan peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak kewangan dan pengauditan. Biasanya tokoh-tokoh politik
akan mengarahkan ketua-ketua jabatan menguruskan penyediaan dokumen dan
pembayaran. Pada normanya, tokoh politik bertindak seperti pihak yang diberi
kuasa mendapat peruntukan dan meluluskannya.
Haji Wan Yunus juga mengenali
banyak tokoh koporat atau pengusaha dan pengamal rasuah dalam sistem mengelepit
duit rakyat melalui budaya make-up ini. Mereka adalah pengusaha dan
pemilik-pemilik syarikat yang telah jatuh, gagal, syarikat yang tidur atau tidak
aktif. Mereka banyak menyertai kumpulan
Pekasa dan samseng Melayu melalui pelbagai NGO pro-kerajaan AMNOBN. Mereka
mudah dikenali dengan sikap yang tiada berpendirian tegas dan tiada
objektif jelas, kecuali aktiviti yang
bersifat pengampuan dan berlagak serta berlakon sebagai penyokong tegar. Mereka
terus berharap kerajaan AMNOBN memberi kesenangan hidup dengan cara mudah
melalui pelbagai projek kerana mereka bukan pengusaha tulen. Kebanyakan mereka adalah proksi-prosi tokoh politik yang hidup dalam budaya rasuah
ini.
Lebih jauh dari itu Haji Wan
Yunus juga mengenalpasti ciri-ciri
kehidupan yang dilalui oleh keluarga mereka. Kebanyakan mereka tidak berminat
dan hormat kepada agama dan nilai-nilai murni sejagat. Mereka sangat mengutamakan kelas sosial atau berlagak
seperti orang senang atau terhormat. Apabila mereka ke hadapan atau menjadi
pemimpin sesebuah kumpulan atau pertubuhan,
pemikiran berdasarkan agama kelihatan begitu dangkal. Kelemahan atau kejahilan ini sering ditutup
dengan semangat budaya dan adat Melayu.
Mereka tidak dapat membezakan antara budaya atau adat Melayu dengan kebudayaan
Islam atau amalan adat Melayu yang bercanggah dengan agama Islam. Dalam istilah
tasaauf, mereka adalah kumpulan atau masyarakat manusia yang terhijab. Terhijab
kerohanian kerana hidup dengan hasil haram dan hasil syubahat. Misalnya budaya
rasuah dan make-up yang menjadi
budaya hidup mereka.
Budaya ini dirasakan seperti
tidak haram dan salah. Ini adalah hasil daripada rekaan dan propaganda bekas PM
yang terkenal sebagai Mr 10% PM dulu. Beliaulah yang telah menghalalkan cara
tanpa mepedulikan larangan agama terhadap isu riba dan pengaliran wang haram.
Beliau sangat popular seluruh dunia dan ketika ini beliau juga terkenal sebagai
tokoh perosak minda kebajikan rakyat banyak kerana tujuan tersirat beliau untuk
kepentingan diri dan mengutamakan para kroni serta nepotism terbongkar apabila tokoh-tokoh
mangsa yang dikhianati beliau memecahkan rahsia.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru KL
11.1.2013
No comments:
Post a Comment