POLIS MALAYSIA MESTI MENEMBAK 3 BURUNG DENGAN SIBIJI PELURU?
KEAMANAN, RAKYAT DAN TUAN PARTI
Jika kita mengetahui
tanggungjawab dan peranan polis, tentunya kita sentiasa memberi kerjasama dan
penghormatan yang tinggi kepada mereka. Jika kita mendalami dan menghayati misi, visi dan fungsi polis, kita akan bertambah
tunduk atau mendongak kepala memberi tabik spring
kepada mereka. Tapi ketika ini kita dapat merasakan bahawa kewibawaan mereka
menurun. Ini adalah kerana imej Ketua Polis yang banyak melakar maruah pasukan
polis. Kita dengan mudah akan mengetahui sama ada pasukan polis bekerja untuk
kita atau bekerja hanya untuk mengampu tuan mereka yang terdiri dari pemimpin
parti politik.
Jika ditanya kepada anggota polis
sendiri, mereka umpama manusia yang hidup dalam dilemma kerana tidak boleh
engkar dengan ketua. Hiraki pangkat dalam pasukan bersenjata seperti pasukan
polis sangatlah jelas dan tegas. Mereka tidak boleh mengatakan kapas itu putih
jika ketua mereka telah arahkan sebagai kapas hitam meskipun pada hakikatnya
putih. Berikutan itu, rakyat melihat pasukan polis adalah seperti peranan anjing keselamatan atau anjing jaga
yang mesti setia kepada ketua atau tuannya. Ahli pasukan atau anggota polis
yang kelihatan cerdik dan cekap ialah yang pandai dan mahir menembak tiga ekor
burung dengan sebutir peluru.
Negara ini sangat beruntung jika tuan
atau jaga anjing yang hebat kesetiaannya itu adalah tuan yang beriman dan
berakhlak mulia. Sebaliknya amatlah rugi jika tuan anjing-anjing itu
menggunakan mereka untuk kepentingan diri dan politik mereka dengan helah
kepentingan negara. Bayangkanlah jika pasukan polis tidak lagi dapat mengawal
keamanan. Ketika ini kelihatan ada diantara ketua-ketua polis amat menyedari
keadaan dan situasi sosial semasa tetapi sering tertutup kerana karenah ketua
mereka yang besar temboloknya.
Satu isu yang akan menonjol dan merbahaya
jika tidak dikawal ialah pengaruh IS yang ekstrim dalam menggunakan agama
sebagai wadah kepentingan perjuangan pribadi mereka. Mengikut kajian kes,
mereka yang terlibat itu bukanlah dari kalangan marhein dalam masyarakat tetapi
adalah dari golongan sederhana yang telah
stabil dalam ekonomi keluarga dan stabil dalam kehidupan. Mereka sanggup
menjual kilang dan perniagaan, mereka sanggup berhenti kerja yang berpendapatan lumayan, mereka juga
ada yang sanggup meninggalkan anak, isteri, suami dan keluarga kerana daya
tarikan jihad yang tidak difahami.
Mereka dijanjikan kesenangan. Lelaki
dijanjikan isteri baru yang solehah kerana
sama bejuang atau gadis-gadis muda yang secara sukarela menyerahkan
maruah kepada pejuang yang menyangka perbuatan itu adalah suci kerana menjadi
hamba kepada tentera Allah dan kerana hamba tidak perlu bernikah.
Faktor tarikan memang menarik
tetapi pada hakikatnya tiada jalan untuk kembali ke asal atau ke pangkal jalan.
Jika telah berpindah atau berhijrah tinggal bersama kumpulan IS di Timur Tengah dan disyaki ada usaha untuk
lari atau meninggalkan perjuangan, mereka akan dihukum bunuh secara pengadilan
yang tidak adil dan berat sebelah atau dibunuh yang dilakukan oleh petugas
seperti pembunuh-pebunuh upahan.
Itu adalah serba sedikit maklumat
berkenaan IS dan dimaklumkan bahawa pengikut dan peminat mereka telah wujud di
Malaysia. Pihak polis sedang memantau mereka dan tips yang diberikan oleh polis,
kebanyakan mereka terlibat dalam aktiviti NGO atau pertubuhan sosial termasuk
politik yang berkaitan dengan agama Islam. Pihak polis mengakui bahawa
tanggungjawab ini adalah sangat rumit kerana isu Islam adalah isu yang
sensitif di negara ini.
Kata kunci atau kata hikmat dari Tun Sheikh pula ialah “Marilah segera kita budayakan membaca
terjemahan Quran dan Hadis supaya kita dapat kefahaman dan petunjuk bagaimana
seharusnya kita memainkan peranan dalam pakej kehidupan kita” Inn Sya Allah..jika
kita berpegang teguh kepada tali Allah maka Allah akan memberi petunjuk kepada
kita bagaimana boleh mengenal polis, IS, parti politik dan sesiapa saja demi
keselamatan dan dirahmati Tuhan sebagaimana yang dijanjikan Nya. Amin!
Oleh Tun Sheikh
1.4.2015 Bukit Aman K.L