Monday, June 22, 2015

POLIS MALAYSIA MESTI MENEMBAK 3 BURUNG DENGAN SIBIJI PELURU? KEAMANAN, RAKYAT DAN TUAN PARTI



POLIS MALAYSIA MESTI MENEMBAK 3 BURUNG DENGAN SIBIJI PELURU?
KEAMANAN, RAKYAT DAN TUAN PARTI

Jika kita mengetahui tanggungjawab dan peranan polis, tentunya kita sentiasa memberi kerjasama dan penghormatan yang tinggi kepada mereka. Jika kita mendalami dan menghayati misi,  visi dan fungsi polis, kita akan bertambah tunduk atau mendongak kepala memberi tabik spring kepada mereka. Tapi ketika ini kita dapat merasakan bahawa kewibawaan mereka menurun. Ini adalah kerana imej Ketua Polis yang banyak melakar maruah pasukan polis. Kita dengan mudah akan mengetahui sama ada pasukan polis bekerja untuk kita atau bekerja hanya untuk mengampu tuan mereka yang terdiri dari pemimpin parti politik.

Jika ditanya kepada anggota polis sendiri, mereka umpama manusia yang hidup dalam dilemma kerana tidak boleh engkar dengan ketua. Hiraki pangkat dalam pasukan bersenjata seperti pasukan polis sangatlah jelas dan tegas. Mereka tidak boleh mengatakan kapas itu putih jika ketua mereka telah arahkan sebagai kapas hitam meskipun pada hakikatnya putih. Berikutan itu, rakyat melihat pasukan polis adalah seperti  peranan anjing keselamatan atau anjing jaga yang mesti setia kepada ketua atau tuannya. Ahli pasukan atau anggota polis yang kelihatan cerdik dan cekap ialah yang pandai dan mahir menembak tiga ekor burung dengan sebutir peluru.

Negara ini sangat beruntung jika tuan atau jaga anjing yang hebat kesetiaannya itu adalah tuan yang beriman dan berakhlak mulia. Sebaliknya amatlah rugi jika tuan anjing-anjing itu menggunakan mereka untuk kepentingan diri dan politik mereka dengan helah kepentingan negara. Bayangkanlah jika pasukan polis tidak lagi dapat mengawal keamanan. Ketika ini kelihatan ada diantara ketua-ketua polis amat menyedari keadaan dan situasi sosial semasa tetapi sering tertutup kerana karenah ketua mereka yang besar temboloknya.

Satu isu yang akan menonjol dan merbahaya jika tidak dikawal ialah pengaruh IS yang ekstrim dalam menggunakan agama sebagai wadah kepentingan perjuangan pribadi mereka. Mengikut kajian kes, mereka yang terlibat itu bukanlah dari kalangan marhein dalam masyarakat tetapi adalah dari golongan sederhana yang telah  stabil dalam ekonomi keluarga dan stabil dalam kehidupan. Mereka sanggup menjual kilang dan perniagaan, mereka sanggup berhenti  kerja yang berpendapatan lumayan, mereka juga ada yang sanggup meninggalkan anak, isteri, suami dan keluarga kerana daya tarikan jihad yang tidak difahami.

 Mereka dijanjikan kesenangan. Lelaki dijanjikan isteri baru yang solehah kerana  sama bejuang atau gadis-gadis muda yang secara sukarela menyerahkan maruah kepada pejuang yang menyangka perbuatan itu adalah suci kerana menjadi hamba kepada tentera Allah dan kerana hamba tidak perlu bernikah.

Faktor tarikan memang menarik tetapi pada hakikatnya tiada jalan untuk kembali ke asal atau ke pangkal jalan. Jika telah berpindah atau berhijrah tinggal bersama kumpulan  IS di Timur Tengah dan disyaki ada usaha untuk lari atau meninggalkan perjuangan, mereka akan dihukum bunuh secara pengadilan yang tidak adil dan berat sebelah atau dibunuh yang dilakukan oleh petugas seperti pembunuh-pebunuh upahan.

Itu adalah serba sedikit maklumat berkenaan IS dan dimaklumkan bahawa pengikut dan peminat mereka telah wujud di Malaysia. Pihak polis sedang memantau mereka dan tips yang diberikan oleh polis, kebanyakan mereka terlibat dalam aktiviti NGO atau pertubuhan sosial termasuk politik yang berkaitan dengan agama Islam. Pihak polis mengakui bahawa tanggungjawab ini adalah sangat rumit kerana isu Islam adalah isu yang sensitif di negara ini.

Kata kunci atau  kata hikmat dari Tun Sheikh pula ialah “Marilah segera kita budayakan membaca terjemahan Quran dan Hadis supaya kita dapat kefahaman dan petunjuk bagaimana seharusnya kita memainkan peranan dalam pakej kehidupan kita” Inn Sya Allah..jika kita berpegang teguh kepada tali Allah maka Allah akan memberi petunjuk kepada kita bagaimana boleh mengenal polis, IS, parti politik dan sesiapa saja demi keselamatan dan dirahmati Tuhan sebagaimana yang dijanjikan Nya.  Amin!

Oleh Tun Sheikh
1.4.2015 Bukit Aman K.L

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Irama Kehidupan
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere